Jumat, 17 April 2020

Kisah Seram - Hotel Putra Brasmana

Kejadian seram di Hotel Putra Brasmana, Kuala perlis



Sabtu masa kitorg menginap kt Hotel Putra Brasmana lepas dorg jemput aku tu, rupanya ada kisah misteri yg bukan aku sorg je yg kena:) Masa kat umah ni, tengah makan2, abah tiba2 buka cerita. Abah cakap, masa tidur kat hotel tu, ada 'benda' tepuk bahu dia. Sebelah abah ada laluan kt katil tu. So mustahil kalau nak kata adik aku yg ter mengigau ke, dia punya tangan ke yg terkena.


Aku pun buka la cerita juga. Cmni, kitorg ambik bilik berkembar yg boleh buka pintu sebelah menyebelah tu. Ayah aku tidur dengan adik aku kt bilik sebelah. Abang dgn adik aku sorg lagi tu tidur kt bilik sama dgn aku sebab dorg nak tengok bola. Aku tidur awal sebab nak bangun kejap lagi. Sebab kat poli pun aku cmtu, tidur awal untuk stay sampai pagi.

Aku tiba2 terjaga, tv bilik aku mmg dorg tak tutup. So siaran bola tu terbuka cmtu jela. Volume tv slow je.
Tiba2 aku terdengar kt bilik ayah aku tidur, ada bunyi orang main tekan2 suis tv tu. Pastu dengan tv terbuka siaran rosak. Tak kan la ayah aku nak main2 suis tv kot. Padahal ayah aku tidur masa tu. Aku dengar bunyi orang kibas2 surat khabar. bila bunyi dah makin pelik..aku pun bangun jela.

Tapi, aku bangun bukan utk ke bilik sebelah, aku bangun cari remote utk kuatkan volume tv. Yg aku pelik, aku tak rasa seram sangat, sikit tu  ada lah.. Tapi diri aku seakan tak nak gerak pergi bilik sebelah. Selalunya kalau tidur kat mana2 hotel, dengar pelik sikit je, mesti aku akan pergi tempat yg ada bunyi pelik tu. Bila dah kuatkan volume tv, aku pun tertidur macam biasa.

Tiba2 masa kt umah ni, adik aku lak buka cerita. Muka dia nampak takut. Mula2 dia tak nk cerita sebab dia takut kitorg ingat dia main2 je. Paksa dia cerita, dia pun cakap la. Masa malam tu, dia tengah tulis diari kat katil bilik ayah aku tidur tu. Sebelah katil kan ada balkoni. Tiba2 dia terdengar bunyi ketukan kt sliding door arah balkoni tu. Bila dia pandang, benda putih nampak macam terbang keluar dari situ. Dia kata tengah fokus tulis diari sbb tu dia tak rasa apa2. Dia ingat tu orang yg nak kacau kat balkoni-,-'

Nampak sangat otak budak2. Mana boleh orang naik ke balkoni aras 3 tu-,-'' . Kira nya, cerita bersambung-sambung la, lepas adik aku, baru ayah aku kena pastu aku lak yg kena. huhh..

Masa nak booking hotel tu pun org tu dah kata bilik tu je tinggal. Kitorg pun tak tau apa, pergi ambik jela. Tak sangka pulak cmtu jadinya. Dengan sensor suiz utama rosak dengan tiba2 nya kat dua2 bilik. Hotel tu hotel 4 bintang tapi perkhidmatan macam hotel bajet je.

Lagisatu, toilet dekat bilik aku bau pelik. Bau busuk yg teramat. Bukan busuk sebab ada orang pakai ke, masalahnya dah cuci pakai sabun pun still bau bangkai.

Lepas ni mmg kitorg tak kan duduk hotel tu lagi dah. Cukup la sekali.

Aku buat research pasal hotel tu.. tiba2 terjumpa si blogger ni cerita pasal pengalaman dia kat hotel tu.